serliblog.blogspot.com - 10 Khasiat Dan Manfaat Ayat Kursi Ayat Kursi diturunkan pd suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dgn beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yg menjadi perintang dlm perjuangan nya. Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Allah, tak ada yg benar disembah hanya Dia yg Hidup dan Maha Kaya, tak pernah ditimpa mengantuk dan tak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yg ada di langit dan di bumi, tak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yg terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yg dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
Ayat Kursi ni Sangatlah Banyak Khasiat Dan Manfaat nya.. 10 Khasiat Dan Manfaat Ayat KursiYang Dipublikasikan Di bawah ni hanya sedikit dari banyak nya manfaat Manfaat Ayat Kursi
Khasiat Ayat Kursi:
1. Sesiapa yg membaca ayat Kursi dgn istikamah tiap kali selesai sembahyang fardhu, tiap pagi dan petang, tiap kali masuk kerumah / kepasar, tiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yg kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yg memudharatkan.
Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
2. Terdapat keterangan dlm kitab Assarul Mufidah, barang siapa yg mengamalkan membaca ayat kursi, tiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dgn berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dgn izin Allah s.w.t.
3. Seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) tiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pd air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pd pelajaran yg dipelajari.
5. Sesiapa yg membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yg membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yg membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yg membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dlm segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yg dituntutnya.
7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yg menjaga selama tidurnya sampai pagi.
8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pd empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dgn itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yg takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, / sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tak akan melihatnya dan tak akan memudharatkannya.
10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yg membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dlm sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yg mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yg dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
other source : http://bbc.co.uk, http://cnn.com, http://ilmuamalan.blogspot.com
0 Response to "Khasiat & Manfaat Ayat Kursi - Nabi"
Post a Comment