serliblog.blogspot.com - #IPOH - Sejak kelmarin, di media sosial termasuk sebuah laman blog, heboh memperkatakan keadaan jijik sebuah kilang membuat roti di sini.
#Berdasarkan entri sebuah blog kelmarin, mendedahkan beberapa gambar dikatakan dimuat naik seorang pengguna Facebook keadaan kilang berkenaan yg kotor.
#Bagaimanapun, hasil siasatan Sinar Harian mendapati isu berkenaan bukan baharu sebaliknya gambar yg tersiar merupakan gambar sebulan yg lalu.
#Malah, tinjauan ke kilang berkenaan mendapati ia tak lagi beroperasi seperti biasa dan hanya menempatkan beberapa lori syarikat terbabit.
#Jaipk lawat kilang
#Maklum balas yg diterima daripada Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) mengesahkan kilang yg dimaksudkan sudah diambil tindakan.
#Operasi ke atas kilang terbabit dijalankan pd 12 Jun yg lalu melibatkan Jaipk, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
#Hasil pemeriksaan, kita mendapati kilang ni menggunakan logo Halal tanpa perakuan Jaipk malah sijil halal yg dimiliki tak diperbaharui selama dua tahun.
#Sebanyak tiga lori roti disita dlm operasi itu. Syarikat terbabit didapati melakukan kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yg boleh dikenakan denda sehingga RM 250, 000, kata sumber Jaipk, semalam.
#Kilang diarah tutup
#Sementara itu, Exco Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, tindakan lanjut telah diambil kilang roti yg beroperasi di Jalan Kuala Kangsar sebelum bulan Ramadan lagi selepas didapati kilang tersebut beroperasi dlm keadaan kebersihan yg tak mengikut piawaian.
#Beliau berkata, tindakan berkenaan telah diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan dan MBI.
#Menurutnya, lesen perniagaan premis tersebut dibatalkan dan tak lagi beroperasi sehingga kini.
#Jika sesebuah premis itu terlibat dgn aktiviti pengeluaran makanan, jika mereka tak berjaya menjaga aspek kebersihan dan piawaian yg telah ditetapkan, tindakan undang-undang sememangnya akan diambil, katanya pd sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Kilang Penapisan Minyak Kelapa Sawit Intergrated Formation Sdn Bhd, di Kamunting, semalam.
#Dalam perkembangan berkaitan, Samsudin berkata, sebelum ni lawatan ke kilang bihun di Kampar jg telah dilakukan pihaknya.
#Kita dapati semuanya dlm keadaan bersih dan terkawal, tapi dari sudut pandangan pihak Jabatan Kesihatan operasi premis tersebut terpaksa ditutup selama tiga minggu, katanya.
#Samsudin berkata, perkara utama yg perlu diberikan perhatian oleh mana-mana premis yg menjalankan perniagaan berasaskan makanan, mereka seharusnya memenuhi standard dan jg piawaian kebersihan yg telah ditetapkan.
#Ketika Sinar Harian mendapatkan maklum balas syarikat roti berkenaan, wakil syarikat itu ketika dihubungi mengakui kilang berkenaan sudah pun ditutup dan kini berpindah di tempat baharu.
0 Response to "Roti Ni Kena Tarik Sijil Halal - Panas"
Post a Comment